Membantu perniagaan kecil berkembang dengan ChatGPT
Derek dan Larissa Guetter menggunakan ChatGPT untuk bantu mengembangkan perniagaan kecil mereka menjadi sebuah syarikat hiburan gergasi.

“Kami sudah bertahun-tahun menyimpan impian besar. Sebelum adanya ChatGPT, saya tidak menyangka impian itu dapat direalisasikan. Kini, segala-galanya boleh direalisasikan.”
Membina Big Air
Sebelas tahun lalu, Derek dan Larissa Guetter menubuhkan ATV Big Air Tour—sebuah persembahan aksi ATV bergerak. Mereka bermula sebagai pasukan kecil serantau, tetapi berkembang dengan pantas menjadi salah satu jelajah sukan permotoran paling berjaya di negara ini.
Mereka mahu terus mengembangkan perniagaan, tetapi cabaran terbesar mereka ialah terlalu banyak tugas dan tenaga kerja yang tidak mencukupi. Mereka perlu menguruskan logistik persembahan dan tugas pentadbiran perniagaan kecil sambil membesarkan tiga anak perempuan yang masih kecil. Pada kebanyakan hari persembahan, mereka bekerja sehingga pukul 3 pagi semata-mata untuk memastikan semuanya terkawal.

ChatGPT membantu Derek menulis skrip pengacara untuk setiap persembahan, dengan mengetengahkan mercu tanda tempatan dan fakta menarik.

Larissa menggunakan mod suara ChatGPT sebagai pembantu peribadinya pada hari persembahan.

Derek dan Larissa menjejaki jadual penunggang menggunakan ChatGPT.
Meningkatkan kemeriahan jelajah
Derek dan Larissa menemui ChatGPT pada tahun 2023, lalu tidak lama kemudian mula menggunakannya dalam seluruh operasi perniagaan mereka. Kini mereka menggunakan ChatGPT untuk menghasilkan pelan pemasaran, strategi media sosial dan laporan pelanggan, selain jadual jelajah dan laporan inventori peralatan.
Mereka juga menggunakan ChatGPT di lokasi pada hari persembahan. Mereka menggunakannya sebagai jurutera bunyi untuk bantu memasang pembesar suara dan pentas, serta sebagai mekanik untuk bantu menyelesaikan masalah peralatan. ChatGPT membantu Derek menghasilkan skrip khas bagi setiap persembahan untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan penonton setempat, di samping membantu Larissa menjejaki hadiah percuma dan barangan jualan.
“ChatGPT memudahkan segala-galanya. Perkara yang biasanya mengambil masa dua minggu dapat kami siapkan dalam satu pagi.”
Kejuruteraan bunyi
Laporan ringkasan pelanggan
Pelan pemasaran
ChatGPT juga membantu mereka memastikan perniagaan terus berjalan ketika mereka mengembara—merancang jadual harian, menjejaki komunikasi dengan pelanggan, menilai potensi penajaan dan menyelesaikan masalah dalam masa nyata supaya mereka dapat menumpukan perhatian untuk memberikan persembahan yang terbaik. Fleksibiliti itu penting bagi perniagaan kecil yang bersaing dengan syarikat hiburan bernilai jutaan dolar.
“Apabila mengembara, pada dasarnya anda perlu belajar menyesuaikan diri dengan keadaan. Apa-apa sahaja boleh berlaku sejurus sebelum persembahan, dan anda hanya perlu menyesuaikan pendekatan dan mencari jalan untuk menjadikannya berjaya.”

ATV Big Air Tour menggabungkan tenaga rancak sukan permotoran dengan suasana mesra keluarga.

Derek menggunakan ChatGPT sebagai jurutera bunyi mudah alih.

Persembahan ini membawakan aksi ATV dan sukan lasak motosikal mencabar graviti selama sejam di acara-acara di seluruh negara.

“Menjadi usahawan memberi begitu banyak kebebasan kerana anda boleh mengimpikan sesuatu dan merealisasikannya.”
Impian yang lebih besar
Dengan masa yang dijimatkan oleh ChatGPT, Derek dan Larissa kini menumpukan perhatian pada matlamat seterusnya: menganjurkan acara ATV Big Air Tour tersendiri yang memenuhi amfiteater dan stadium dengan peminat. Mereka mahu mendekati seramai mungkin orang dan memberi inspirasi kepada generasi penunggang ATV dan usahawan yang seterusnya, termasuk tiga anak perempuan mereka yang masih kecil.
Keluarga Guetter membina seluruh perniagaan mereka dengan mengutamakan keluarga dan berharap dapat mewariskan semangat keusahawanan apabila anak-anak mereka membesar, sambil menunjukkan bahawa segala-galanya mungkin jika mereka berani mengambil langkah pertama.

Derek dan Larissa berharap semangat keusahawanan mereka diwarisi oleh tiga anak perempuan mereka.

Derek dan Larissa mahu setiap persembahan memberi inspirasi kepada generasi penunggang ATV dan usahawan yang seterusnya.

Anak-anak perempuan Derek dan Larissa membantu di gerai barangan selepas persembahan.
“ChatGPT telah memberi saya lebih banyak masa bersama keluarga berbanding yang pernah saya bayangkan.”

