Program Peneraju OpenAI
Untuk mereka yang mempengaruhi penerapan AI di seluruh organisasi mereka.
Kejayaan penerapan AI bukan sekadar bergantung pada akses kepada alat. Warga di seluruh organisasi perlu bekerjasama untuk mengubah keupayaan baharu AI menjadi nilai perniagaan yang berkekalan. Merekalah Peneraju OpenAI.
Program Peneraju OpenAI membina keupayaan tenaga kerja yang diperlukan oleh organisasi untuk menerajui, melaksanakan, menyokong penggunaan dan menyepadukan AI di seluruh perniagaan.
Perjalanan Peneraju
Sama ada anda merangka strategi AI, memacu perubahan atau membina aliran kerja AI untuk pasukan, kami menghubungkan anda dengan individu dan konteks yang diperlukan untuk meluaskan penggunaan AI dengan yakin.
Pelajari asasnya
Kukuhkan pemahaman tentang perkara yang diperlukan untuk menyokong penerapan AI dan peranan yang boleh anda mainkan.
Terapkan dalam kerja anda
Gunakan panduan, contoh dan sumber yang boleh digunakan semula untuk menyokong aliran kerja serta tugas harian pasukan anda.
Jalin hubungan dengan rakan sejawatan
Belajar daripada peneraju lain yang sedang menangani persoalan dan cabaran serupa.
Perluas amalan yang berkesan
Perluas pendekatan yang terbukti berkesan ke seluruh pasukan, bina sokongan untuk amalan yang berjaya, dan bantu tingkatkan penggunaan dari semasa ke semasa.
Terokai Program Peneraju OpenAI
Program Peneraju menggabungkan pembelajaran dan interaksi melalui Komuniti Peneraju di Akademi OpenAI, serta ruang khusus untuk interaksi lebih mendalam dalam Rangkaian Peneraju Perusahaan OpenAI.

Komuniti Peneraju di Akademi OpenAI
Panduan, contoh dan pandangan terkini daripada OpenAI, serta peluang untuk berinteraksi dengan komuniti peneraju yang luas.
Terokai kandungan pendidikan, hadiri webinar, akses sumber yang boleh digunakan semula dan sertai cabaran bulanan untuk mengetahui amalan yang berkesan, mendapatkan inspirasi serta membawa idea berguna ke organisasi anda.
Pautan berguna:
Laluan Peneraju(dibuka dalam tetingkap baru): Baca untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan peneraju dan laluan pembelajaran.
Acara Komuniti Peneraju Akan Datang(dibuka dalam tetingkap baru): Sahkan kehadiran anda untuk menimba lebih banyak ilmu daripada Peneraju lain. Kami sentiasa menambah acara baharu, jadi pastikan anda menyemak halaman ini dari semasa ke semasa.

Rangkaian Peneraju Perusahaan OpenAI
Terbuka kepada pelanggan pelan OpenAI Enterprise.
Ruang khusus untuk berinteraksi dengan lebih mendalam bersama rakan peneraju dan OpenAI.
Sertai acara perbincangan dalam kumpulan kecil yang disesuaikan mengikut peranan, industri, saiz syarikat dan tahap penerapan AI. Pelajari contoh sebenar daripada peneraju untuk melihat cara pelanggan perusahaan lain meluaskan penggunaan AI. Sertai juga perbincangan produk dan berikan maklum balas untuk membantu membentuk masa depan OpenAI.
Berminat untuk menyertai Rangkaian Peneraju Perusahaan kami?